Sunday, 22 April 2012

Soalan 6


iSL PQE3103 2012
Soalan 6:
Jelaskan takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.

Arahan:
1. Setiap pelajar dikehendaki menyatakan sumber rujukan anda yang berbeza dengan menggunakan format APA seperti berikut: Nama Pengarang, (Tahun), Judul Buku,  Tempat diterbitkan : Syarikat Penerbitan, m.s:x.
2. Rujukan dari internet yang berwibawa diterima.




3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.

    nahawand bermaksud sebuah tempat bernama Hamadan.
    lagu nahawand berasal dari Iran (Parsi).ianya di ubah suai dan digubah semula oleh para Qurra' di Mesir. lagu ini berirama sedih dan biasanya dibawakan selepas lagu Hijaz atau Soba.

    rujukan:
    Mohd Ali B Abu Bakar,(1997),Seni Lagu al-Quran Di Malaysia,Kuala Lumpur:Darul Fikir,m.s:51.

    oleh:SHIKH MUHAMMAD NUR HASHIM B SHIKH HASSAN

    ReplyDelete
  3. takrif dan sejarah perkembangan tarannum Nahawand.

    Dari sudut bahasa Nahawand adalah nama bagi tempat yang terletak di daerah Hamadan, Parsi.

    Manakala dari sudut istilahnya pula, Nahawand bermaksud nama khusus bagi suatu jenis alunan tarannum atau maqamat yang dipopularkan oleh para Qari dari daerah tersebut mengikut citarasa dan sosiobudayanya yang tersendiri.

    Menurut sejarah, Nahawand ini adalah merupakan suatu nama tempat di daerah Hamadan yang terletak di negara Parsi atau sekarang dikenali sebagai Iran. Sebenarnya daerah Hamadan adalah sebuah kota yang sangat popular suatu ketika dahulu di mana di sana lahirnya sebuah karya yang terkenal dalam bidang perubatan iaitu al-Qanun Fi al-Tibb yang ditulis oleh Bapa Perubatan, iaitu Ibnu Sina atau nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Husayn bin Abdullah bin Hasan bin Ali bin Sina.

    Sebagaimana berlaku perubahan dan pengubahsuaian terhadap beberapa tarannum seperti Husayni dan Kurdi, tarannum Nahawand juga tidak terlepas daripada perubahan ini. Perkara ini berlaku hasil daripada pengubahsuaian para Qurra dari Mesir yang mengubahnya mengikut selera budaya mereka. Walau bagaimanapun identiti asal alunan rentak irama Nahawand masih lagi dikekalkan.

    rujukan:http://ilmquran.blogspot.com/2011/03/normal-0-false-false-false-en-us-zh-cn.html

    oleh:SHIKH MUHAMMAD NUR HASHIM B SHIKH HASSAN

    ReplyDelete